TENTANG KAMI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PerekaPerabot adalah syarikat  Pereka dan Pengilang kabinet dapur yang membantu para pemilik rumah untuk menghiasi ruang dapur agar lebih tersusun dan menarik. 

Tidak seperti syarikat yang lain, PerekaPerabot dibangunkan oleh gabungan fikiran dan tenaga interior  designer berpengalaman dan carpenter (tukang kayu) yang mahir. Oleh itu, para pemilik rumah boleh menjadikan PerekaPerabot sebagai ‘One Stop Centre ‘  bagi mendapatkan idea tentang design  kabinet dapur dari interior designer seterusnya mendapat khidmat tukang dari carpenter untuk membina kabinet dapur mengikut design yang di ilhamkan oleh interior design dan yang telah di persetujui oleh pelanggan.

Konsep perniagaan PerekaPerabot yang menyediakan kepakaran interior designer dan carpenter di dalam satu bumbung pastinya membuatkan kami dapat menawarkan Pakej Harga Kabinet Dapur yang menarik kepada para pelanggan. Dalam erti kata yang lain, anda dapat mencantikkan ruang dapur anda dengan SENTUHAN INTERIOR DESIGNER  pada HARGA TERUS DARI KILANG.