‘ABANG, DAKU MENGIDAMKAN KABINET DAPUR UNTUK SENANG MEMASAK’ Bisik hati kecil si Isteri

Dalam sesebuah perkahwinan, semestinya seseorang yang bergelar suami ingin menyediakan yang terbaik buat pasangannya, tidak kiralah dalam bentuk apa jua pun. Keperluan yang lengkap buat isteri ini bukanlah hanya termasuk makanan, minuman dan pakaian, malah turut merangkumi kelengkapan dalaman rumah yang boleh memudahkan pekerjaan isteri sewaktu berada di rumah.

Jika dilihat kembali, terkadang seseorang isteri ini lebih gemar mendiamkan diri dan tidak menyuarakan isi hati mereka berkaitan apa yang mereka perlukan dalam melakukan kerja-kerja rumah seharian. Dalam hal ini, suami sebenarnya harus memainkan peranan dan perlu lebih peka dengan apa kehendak si isteri.

Di sinilah komunikasi sangat penting. Suami yang bijak dan peka akan memahami apa keperluan dan kelengkapan yang kurang di dalam rumah mereka dan berusaha untuk memahami apakah rasionalnya serta kepentingan keperluan tersebut kepada isteri mereka.

Ambil sahaja contoh yang mudah, jika rumah anda mempunyai karpet atau permaidani tebal, bagaimana untuk isteri membersihkannya dengan mudah? Sudah tentu si suami harus menyediakan peralatan sesuai iaitu pembersih vakum bagi memudahkan kerja isteri untuk membersihkannya. Begitu juga dalam hal memasak serta melibatkan keperluan di ruang dapur.

Pernahkah suami terfikir apa keperluan yang perlu ada bagi memudahkan kerja isteri untuk memasak dan menyediakan hidangan untuk seisi keluarga? Jika suami telah menyediakan bahan-bahan makanan seperti ayam, ikan dan bahan mentah yang lain secukupnya. Bagaimana pula dengan kelengkapan memasak? Lengkapkah perkakasan seperti periuk, kuali, dapur dan sebagainya?

Jika kesemua periuk, kuali dan perkakasan elektrik telah lengkap disediakan, bagaimana pula dengan ruang penyimpanan bagi perkakasan tersebut? Pernahkah suami terfikir, di manakah isteri harus menyimpan kesemua peralatan tersebut di ruang dapur? Dalam hal ini sebenarnya, apa yang suami perlu sediakan ialah sebuah kabinet dapur yang cukup lengkap bagi memudahkan kerja-kerja isteri di dapur mereka. Sebuah kabinet dapur yang direka khusus untuk isteri tersayang.

Jika para suami ingin tahu, sebenarnya kabinet dapur yang lengkap ini adalah antara keperluan idaman hampir semua isteri. Kenapa? Sudah tentulah kerana ia bukan sahaja memudahkan kerja memasak isteri, malah membantu isteri untuk menyimpan kesemua peralatan memasak di dapur.

Bayangkan melihat senyuman lebar isteri apabila ruangan dapur tempat mereka menyediakan hidangan istimewa buat suami dan keluarga mempunyai kabinet dapur yang cukup lengkap dengan segalanya. Sudah pasti hati suami sendiri lega melihatnya.

Hati kecil isteri pasti berbunga-bunga melihat kabinet dapur indah dengan rekaan yang suami telah pilih buat ruang dapur mereka. Hasilnya, isteri akan lebih seronok dalam menyediakan makanan dan pastinya lebih banyak sajian enak yang dapat disediakannya. Oleh itu, untuk para suami, sesekali dengarlah bisikan hati isteri anda, dan fahamilah bahawa mereka sebenarnya mengidamkan keperluan kabinet dapur ini di ruang memasak mereka.

Bacalah isi hati isteri dan penuhilah hajat mereka. Rumahtangga pasti lebih harmoni dan senyuman isteri pasti tidak lekang dari bibirnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *