10 TIPS PENJAGAAN KABINET DAPUR AGAR TAHAN LAMA

Kabinet dapur baru telah siap dipasang di ruangan dapur anda. Dan anda juga sangat berpuas hati dengan reka bentuk yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk pilihan anda. Segala-galanya telah lengkap kini bagi sebuah kabinet dapur impian anda. Namun, ada sesuatu yang bermain di minda anda pada masa ini. Apa pula kaedahnya untuk memastikan kabinet dapur ini agar sentiasa terpelihara kebersihannnya? Bagaimana pula caranya untuk memastikan kabinet dapur ini agar tahan lama? Di sini kami akan berkongsi beberapa tips penting untuk anda menjaga kabinet dapur agar tahan lebih lama.

 

  1. Pembersihan kabinet dapur

Sekiranya kabinet dapur anda diperbuat daripada bahan kayu yang kukuh seperti jati dan akasia, maka ia boleh dibersihkan dengan kaedah mengelap menggunakan kain lembap atau cecair khusus pembersih kayu agar kabinet anda sentiasa menawan dan terawet. Jika kabinet dapur anda mempunyai bahan metal atau logam, sebaik-baiknya pastikan ia sentiasa kering bagi mengelakkan bahan logam itu terkena karat. Bagi kabinet dapur daripada Milamine, cara pembersihannya ialah dengan membuang segala kotoran yang melekat membersihkannya. Gunakan kain lembap span yang telah dilembapkan dengan air suam dan lap pada bahagian yang terkena kotoran melalui cara gerakan bulatan.

 

  1. Membersihkan minyak dan asap

Segera bersihkan kabinet dapur anda daripada tumpahan minyak atau bekas menggoreng. Sekiranya anda telah memasang hood dapur, maka sentiasa pasangkan hood dapur itu sewaktu memasak agar ia dapat menyerap segala asap daripada proses memasak.

 

  1. Bahan pembersih

Air suam bersama sedikit pencuci atau air sabun boleh digunakan sebagai bahan pembersih untuk kabinet dapur anda. Namun, elakkan kelembapan keterlaluan untuk kabinet dapur yang diperbuat daripada kayu. Elakkan penggunaan produk pencuci yang mengandungi ammonia atau bahan menghakis yang lain bagi mengelakkan kerosakan dan calar pada kabinet dapur.

 

  1. Penggunaan cuka

Cuka merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan bagi membersihkan kesan minyak pada kawasan celahan dapur dan kabinet dapur anda. Caranya ialah dengan melarutkan cuka dalam sedikit air, kemudian dimasukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di tempat berminyak dan gosok sehingga bersih. Jika kotoran sangat degil, gunakan cuka yang tidak dicampur air untuk kesan pembersihan yang lebih berkesan. Selain itu, cuka juga boleh ditambah dengan ramuan pembersihan lain seperti jus lemon dan soda bikarbonat untuk membersihkan perkakasan dapur yang lain.

 

  1. Menghilangkan bau

Kadangkala apabila anda sering menyimpan pelbagai peralatan memasak serta bahan masakan kering di dalam kabinet dapur, ia boleh menyebabkan bau yang kurang enak pada kabinet dapur anda. Cara yang boleh dilakukan bagi menghilangkan bau ini ialah dengan meletakkan cuka ke dalam mangkuk dan meletakkannya di dalam kabinet dapur yang berbau. Cuka ini perlu dibiarkan semalaman di dalam kabinet dapur bagi menghilangkan bau tersebut. Jika anda tidak sukakan bau cuka, anda juga boleh menggunakan arang bagi menghilangkan kabinet dapur yang berbau ini.

 

  1. Pembersihan dinding

Dinding pada bahagian dapur tempat anda memasak yang terkena percikan minyak harus dibersihkan dengan segera dengan menggunakan kain lembap atau semburkan bahan khas.

 

  1. Keadaan kering

Anda harus memastikan bahagian dalam kabinet dapur yang berasaskan kayu agar sentiasa berada dalam keadaan kering. Ini adalah bagi mengelakkan kerosakan dan serangan serangga perosak. Selain itu, anda juga harus memastikan tingkap terbuka bagi memastikan material kayu ‘dapat bernafas’ dalam udara yang segar.

 

  1. Kabinet aluminium

Bagi anda yang mempunyai kabinet dapur berasaskan aluminium, anda harus lebih berhati-hati dengan penggunaan perkakasan dapur berasaskan logam atau besi seperti sudu dan garfu bagi mengelakkan permukaan kabinet dapur tersebut menjadi calar.

 

  1. Penggunaan hood

Sekiranya anda tidak menggunakan hood bagi menyerap bau sewaktu memasak, anda harus memastikan pengudaraan yang sistematik bagi ruangan dapur anda bagi mengelakkan sebarang bau pada kabinet dapur anda. Sebaik-baiknya anda harus menggunakan hood dapur bagi menyerap segala wap dan bau semasa anda memasak.

 

  • Susunan barang/kelengkapan dapur

Susunan bagi perkakasan dan kelengkapan dapur di dalam kabinet dapur anda haruslah dilakukan secara sistematik dan tersusun bagi mengelakkan berlakunya pertindihan serta mengelakkan kerosakan pada kabinet dapur. Penyimpanan perkakasan dapur haruslah diasingkan daripada bahagian penyimpanan untuk bahan-bahan kering untuk masakan. Ini juga akan lebih memudahkan anda untuk mencari setiap barangan tersebut sebelum anda memulakan proses memasak.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *