10 SEBAB MENGAPA PERLU ADA KABINET DAPUR DI RUMAH

                                           

 

Anda berpindah ke rumah baru? Sudah pasti ada pelbagai barangan dan perabot baru yang anda ingin letakkan di setiap ruang rumah baru anda. Bagaimana pula dengan ruangan dapur? Anda fikir apa kelengkapan paling penting yang harus anda isi di ruangan dapur rumah baru anda? Sudah tentulah kabinet dapur ! . Ini adalah 10 sebab mengapa kita harus mempunyai kabinet dapur di rumah:

 

1. Penyimpanan kelengkapan dapur

Dengan adanya kabinet dapur ini, sudah tentu ia dapat memudahkan penyimpanan apa jua kelengkapan dapur yang anda miliki. Tidak kiralah sama ada kelengkapan kaca, plastik mahupun seramik, semuanya menjadi mudah dengan adanya kabinet dapur yang lengkap.

 

2. Penyimpanan bahan-bahan kering

Kabinet dapur ini juga penting untuk anda menyimpan bahan-bahan kering untuk memasak, seperti sos, bahan perencah, perasa, gandum dan sebagainya. Bahagian atas kabinet dapur contohnya boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan bahan-bahan kering untuk memasak ini.

 

3. Penyimpanan peralatan memasak

Oleh kerana kabinet dapur ini boleh terdiri daripada bahagian atas dan bawah, maka banyak kelengkapan memasak yang boleh anda simpan di dalamnya. Bahagian bawah kabinet dapur misalnya, boleh digunakan sebagai tempat simpanan peralatan memasak yang berat seperti kuali, periuk, pengukus dan sebagainya.

 

4. Simpanan tong gas

Tong gas boleh disimpan dalam kabinet dapur? Ya, dengan rekaan kabinet dapur yang terkini, tong gas boleh anda simpan di dalam kabinet dapur, malah lebih memudahkan anda untuk memasak.

 

 

5. Menjimatkan ruang

Kabinet dapur ini sebenarnya banyak membantu anda bagi menjimatkan ruang dapur yang anda ada. Usah bimbang sekiranya ruangan dapur anda tidak besar dan agak sempit, kerana kabinet dapur mampu membantu bagi menjimatkan ruang dengan binaan pada bahagian atas dan ketinggian yang sesuai dengan ruang dapur anda.

 

6. Mencantikkan ruang

Kini ada pelbagai corak serta rekaan kabinet dapur yang boleh anda lakukan untuk ruangan dapur. Rekaan kabinet dapur yang terkini bukan sahaja memudahkan anda, malah turut boleh mencantikkan dapur anda!

 

7. Menjadi meja untuk persiapan dan penyediaan

Bahagian top (atas) kabinet dapur sebenarnya boleh anda gunakan sebagai meja! Bahagian table top ini boleh diperbuat daripada pelbagai material, dan anda boleh jadikannya sebagai ruang untuk anda membuat persediaan sebelum memasak. Jadi, ia akan lebih memudahkan kerja memasak anda!

 

8. Melindungi bahan-bahan masakan

Kabinet dapur yang tertutup dan mempunyai rekaan yang terperinci boleh melindungi bahan-bahan yang anda gunakan untuk memasak daripada terdedah daripada sinaran matahari yang keterlaluan atau kelembapan.

 

9. Meletakkan perkakas elektrik

Ada sesetengah ruangan dapur yang kecil menyukarkan boleh menyukarkan anda untuk menyimpan dan meletakkan perkakasan elektrik seperti periuk nasi, ketuhar mikro dan pengisar. Tetapi, dengan rekaan kabinet dapur yang teratur, boleh membantu anda untuk meletakkan pelbagai jenis perkakasan elektrik yang anda perlukan di dapur.

 

10.Harga yang berpatutan

Ini adalah antara sebab utama kenapa anda memerlukan kabinet dapur untuk ruang dapur anda. Harga dan proses pembuatan kabinet dapur pada masa kini adalah mengikut bajet yang anda kehendaki dan segalanya boleh dibuat berdasarkan apa yang anda mahukan. Malah, anda juga boleh menentukan apa jua material yang anda ingini untuk kabinet dapur idaman anda!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *