10 JENAMA HOB DAN HOOD TERBAIK UNTUK RUANG KABINET DAPUR ANDA

Sebut sahaja mengenai ruangan dapur, tidak sah jika ia tidak dilengkapi dengan peralatan yang secukupnya bagi tujuan memasak. Lebih-lebih lagi jika ruang dapur anda telah mempunyai kabinet dapur yang lengkap. Maka, sudah tentulah anda inginkan kelengkapan seperti hob dan hood dari jenis yang paling bagus. Sebelum itu, bagi yang kurang arif, hob ini merupakan dapur dengan tiga penunu atau dua penunu (burners), manakala hood pula ialah kipas yang terletak dalam kanopi yang dipasang betul-betul di atas dapur anda. Jadi di sini kami senaraikan beberapa jenama utama untuk hob dan hood yang boleh anda jadikan sebagai pilihan untuk kabinet dapur anda.  

  1. Rinnai

Jenama Rinnai ini merupakan jenama dari Jepun yang banyak menjadi pilihan untuk dapur dan hood bagi ruangan dapur. Kebanyakan hob dan hood dari jenama Rinnai ini mempunyai reka bentuk yang elegan dan diperbuat dari bahan yang tahan karat sama ada keluli atau pun kaca. Hob jenama Rinnai ini boleh terdiri daripada built-in gas hob atau pun built-in electric hob. Manakala untuk hood pula, jenama Rinnai mempunyai variasi hood untuk pilihan anda, sama ada jenis chimney, slanted, slim atau telescopic cooker hood.

  1. Elba

Jenama Elba juga menawarkan pelbagai jenis hob untuk pilihan anda, seperti built-in glass hob, built-in stainless steel hob, built-in ceramic hob dan built-in domino hob. Manakala untuk hood pula, Elba mempunyai variasi hood bagi anda membuat pilihan yang sewajarnya, seperti designer hood, slim hood dan island hood.

  1. Electrolux

Electrolux merupakan jenama dari Sweden yang menjadi antara jenama perkakasan yang popular di negara kita. Bagi hob, Electrolux turut menawarkan dua jenis hob yang asas iaitu gas dan elektrik. Ini termasuklah two burner dan three burner gas hob, built-in ceramic hob dan built-in induction hob. Untuk hood pula, jenama Electrolux memberi pilihan hood daripada jenis island, chimney dan slimline.

  1. Rubine

Jenama ini mempunyai variasi hob yang terdiri daripada gas hob, ceramic hob serta induction hob. Material yang digunakan untuk hob ini pula boleh terdiri daripada kaca dan stainless steel bergantung kepada model yang ditawarkan. Harga yang ditawarkan pula adalah dalam pertengahan, iaitu tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Untuk hood pula, Rubine juga mempunyai pelbagai jenis hood yang boleh dipilih oleh pengguna, sama ada jenis chimney, island atau slim.

  1. Morgan

Jenama Morgan ini ialah jenama dari Malaysia dan mempunyai banyak pilihan hob dan hood yang boleh digunakan oleh masyarakat Malaysia. Hob yang ditawarkan oleh Morgan adalah daripada jenis built-in, iaitu three burner built-in hob dan two burner built-in hob. Manakala untuk hood pula, Morgan memberi pilihan sama ada hood daripada designer seperti island dan slim atau hood biasa.

  1. Zanussi

Jenama Zanussi ini ialah jenama dari Itali yang telah lama bertapak di Malaysia. Bagi hob, jenama Zanussi memberi pilihan built-in hob yang diperbuat daripada material kaca (glass hob). Bagi hood pula, ada pelbagai hood yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dapur anda seperti boxline hood, glass chimney hood, design hood dan slim line hood.

  1. Fotile

Jenama ini adalah keluaran Asia dan turut memberi banyak pilihan untuk hob dan hood. Fotile mempunyai dua jenis hob sebagai asas, iaitu gas hob dan electric hob. Dan ia juga mempunyai pilihan sama ada dengan tiga penunu atau dua penunu (burners). Untuk hood pula, jenama ini menawarkan pilihan jenis chimney dan island hood.

  1. Firenzzi

Jenama Firenzzi ini juga kerap menjadi pilihan ramai bagi perkakasan seperti hob dan hood. Untuk hob, jenama ini mempunyai pilihan seperti built-in glass hob yang mempunyai tiga penunu dan dua penunu (burners). Manakala untuk hood pula, ia juga mempunyai pilihan hood daripada jenis island, chimney dan slimline.

  1. Fujioh/Fujihome

Jenama Fujioh ini yang berasal dari Jepun mempunyai kadar harga yang agak tinggi jika dibandingkan dengan jenama yang lain. Bagi hob, jenama Fujioh menawarkan built-in gas hob dengan pelbagai ciri terkini serta aspek keselamatan, dan juga ceramic hob. Sementara untuk hood pula, Fujioh memberi pilihan hood yang disesuaikan untuk masakan Asia seperti model flagship hood dan slim hood.

  1. Pacifica

Jenama Pacifica memberi variasi hob yang menarik untuk disesuaikan bagi ruangan dapur anda serta sesuai untuk masakan Asia. Antara model hob dalam jenama Pacifica ini ialah built-in gas hob dengan tiga dan dua penunu, built-in ceramic hob dan induction hob. Untuk hood pula, Pacifica mempunyai pilihan chimney hood, sleek glass hood dan T-shape hood.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *