10 CARA UNTUK MENGHIAS RUANG DAPUR MENJADI MENARIK

                                                             image from : www.freepik.com

Setiap orang pastinya mempunyai ruang kegemaran masing-masing dalam kediaman mereka. Anda pula bagaimana? Apa ruang yang anda gemari? Dan bagaimana pula anda menghias ruangan tersebut? Bagi golongan wanita dan ibu pula, sudah pasti ruang yang paling mereka sukai adalah ruangan dapur. Di ruang dapur inilah tempatnya di mana mereka mencurahkan sepenuh kreativiti bagi menyediakan hidangan terbaik demi keluarga tercinta. Dan ruang dapur ini boleh diibaratkan bagaikan nyawa untuk golongan wanita dan surirumah.

Bagi golongan wanita yang menjadikan ruangan dapur ini sebagai ruangan yang istimewa di hati mereka, terdapat 10 tips dan cara yang boleh anda semua ikuti bagi menghias dan menjadikan ruang dapur anda agar lebih menarik. Malah, ia juga mampu memberi keselesaan untuk anda menyediakan hidangan buat seisi keluarga. Mari kita lihat apa cara yang boleh anda lakukan.

 

  1. Pemilihan warna

Pemilihan warna bagi ruangan dapur anda haruslah bersesuaian dengan apa yang anda inginkan dan keluasan yang ada. Contohnya, bagi dapur yang moden, gabungan warna kelabu lembut dan putih sangat sesuai dalam membangkitkan suasana tenang bagi ruang dapur moden. Untuk dapur kecil pula, anda boleh memilih warna cat berwarna pastel bagi menciptka kesan dalaman dapur yang lebih luas dan terbuka.

 

  1. Susun atur

Anda juga harus bijak dalam menyusun atur setiap kelengkapan yang ada di ruang dapur anda. Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betul untuk disesuaikan dengan peralatan dapur.  Ia akan memberi paparan yang lebih menarik dan praktikal untuk digunakan.

 

  1. Kelengkapan dapur

Kelengkapan dapur harus ditempatkan sesuai dengan turutan keperluannya, supaya dapat memudahkan kerja memasak anda. Malah, ia juga menjadikan ruang dapur anda lebih kemas dan teratur. Tips paling mudah ialah dengan meletakkan kelengkapan dapur saling berdekatan dengan bahagian dapur yang akn anda gunakan untuk bekerja atau memasak. Dengan ini, apa yang anda perlukan ialah kabinet dapur yang bersesuaian dengan setiap kelengkapan dapur anda.

 

  1. Ruang penyimpanan

Jika anda mempunyai ruang dapur yang agak sempit, manfaatkan setiap ruang yang ada dengan sepenuhnya. Dinding yang berdekatan dengan ruang masak boleh diletakkan rak kecil atau almari kecil bagi penyimpanan kelengkapan hidangan seperti piring, gelas, senduk, garpu. Lebih baik juga jika rak atau almari itu dibuat sehingga ke ruang lelangit ruang dapur untuk dimanfaatkan sepenuhnya di samping menghindari daripada debu berkumpul di atasnya.

 

  1. Aliran udara dan cahaya

Apa yang penting bagi ruangan dapur ini adalah untuk mempunyai aliran udara serta pencahayaan yang cukup. Dapur yang gelap dan malap boleh menyusahkan penglihatan ketika membuat kerja dan boleh membahayakan. Aliran udara di antara pintu masuk dengan tingkap haruslah lancar dan tidak terhalang, agar segala bau yang terhasil semasa memasak tidak terperngkap di dalam ruang dapur. Jadi, anda haruslah menyediakan lampu yang bersesuaian serta memastikan aliran udara yang teratur bagi ruang dapur anda. 

 

  1. Bentuk meja makan

Sekiranya anda ingin meletakkan meja makan pada ruangan dapur anda, maka anda juga harus membuat pilihan dengan bijak. Bagi ruang dapur yang kecil contohnya, anda boleh memilih meja makan berbentuk empat segi yang kecil dan hanya memuatkan empat orang bagi mengelakkan ruang dapur nampak terlalu ‘sesak’.

 

  1. Tile dinding ruangan dapur

Jika anda ingin menceriakan lagi ruangan dapur, maka anda boleh memilih tile jenis bercorak bagi membangkitkan suasana di dapur. Contohnya, anda boleh memasang tile biru yang menyerlah pada dinding, dan dipadankan dengan kabinet dapur dengan warna yang lebih cerah.

 

  1. Pilihan kabinet dapur

Kabinet dapur yang bersesuaian dengan keluasan dapur anda adalah penting untuk memudahkan kerja harian anda. Kabinet dapur yang lebih besar boleh membantu memuatkan lebih banyak barangan di dapur anda malah, anda juga boleh memilih pelbagai jenis rekaan kabinet dapur terkini yang sesuai dengan konsep dapur anda.

 

  1. Pilihan material

Bagi menjadikan ruang dapur anda lebih menarik, material yang anda gunakan untuk kabinet dapur haruslah bersesuaian dengan keadaan dapur anda. Material seperti kayu, aluminium dan melamine boleh dijadikan pilihan dalam anda memilih material terbaik.

 

  • Labelkan setiap ruangan dalam kabinet

Paling penting dalam menjadikan ruang dapur anda lebih menarik dan kemas ialah dengan meletakkan label pada setiap ruang penyimpanan barangan dan kelengkapan dapur. Ini bukan sahaja memudahkan kerja anda untuk mencari, malah menjadikan kelengkapan dapur lebih tersusun cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *