10 AKSESORI KABINET DAPUR YANG PERLU ADA AGAR PENYIMPANAN BARANG DAPUR MENJADI LEBIH PRAKTIKAL DAN KEMAS

Setelah anda mempunyai kabinet dapur yang lengkap mengikut reka bentuk yang anda inginkan, maka inilah masanya untuk anda menghiasi kabinet dapur anda dengan aksesori serta perkakasan yang sesuai. Ini adalah penting agar penyimpanan barang-barang dapur anda untuk lebih praktikal, kemas dan sedap mata memandang. Berikut disenaraikan beberapa aksesori untuk kabinet dapur yang mungkin boleh menjadi pilihan anda.

  1. Tall unit

Ini merupakan antara aksesori kabinet dapur yang menjadi kemestian bagi anda. Fungsi tall unit ini adalah seperti peti sejuk kedua bagi ruangan dapur yang mana ia berperanan sebagai tempat penyimpanan bahan-bahan makanan kering atau makanan ringan seperti bihun, tepung, gula dan sebagainya.

  1. Wall unit

Wall unit ini adalah kabinet pada bahagian dinding yang berfungsi untuk penyimpanan perkakasan yang diguna pada setiap hari seperti mangkuk dan pinggan. Meskipun ada juga yang tidak ingin memasang wall unit sebagai sebahagian daripada kabinet dapur, tetapi secara asasnya penggunaan wall unit ini boleh membantu anda untuk menyimpan lebih banyak barangan dapur.

  1. Bottle rack (rak botol)

Rak ini berfungsi sebagai ruang untuk menyimpan sos, kicap, minyak dan lain-lain (bahan di dalam botol). Ia biasanya diletakkan bersebelahan dapur (hob) memasak, untuk memudahkan lagi kerja-kerja memasak.

  1. Dish rack

Dish rack ini berperanan sebagai tempat pinggan atau cawan disusun selepas dicuci. Biasanya rak ini akan ditempatkan berdekatan atau pada bahagian atas sinki, bertujuan untuk memudahkan urusan kerja-kerja mencuci dan menyusun pinggan serta cawan serta menjadikannya tampak lebih kemas dan bersistem.

  1. Multifunction pull-out basket

Bagi anda yang mempunyai bajet yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan multifunction pull-out basket ini sebagai suatu tempat pelbagai kegunaan. Ia boleh digunakan untuk menyimpan pinggan, mangkuk, cawan dan lain-lain perkakasan dapur.

  1. Spoon tray

Ini juga antara aksesori yang boleh memudahkan penyimpanan peralatan dapur yang kecil seperti sudu, garfu, chopsticks dan lain-lain. Ia menjadikan peralatan dapur lebih kemas dan memudahkan anda untuk mencarinya untuk digunakan.

  1. Troli dapur

Jika anda tidak ingin menggunakan built-in rack dalam kabinet dapur untuk menyimpan peralatan dapur, maka anda juga boleh menggunakan troli dapur yang beroda bagi menyimpan pelbagai perkakasan dapur seperti perkakasan kaca, napkin dan kain alas meja. Troli ini juga lebih memudahkan kerana ia boleh digerakkan mengikut kehendak anda.

  1. Dulang pisau

Aksesori ini merupakan antara aksesori tambahan yang anda perlukan bagi kabinet dapur anda. Dulang pisau ini adalah tempat khas untuk penyimpanan segala jenis pisau yang anda gunakan sewaktu proses memasak. Dengan adanya dulang pisau khas ini yang boleh disimpan di dalam kabinet dapur, ia bukan sahaja memudahkan, malah memberi ciri keselamatan untuk penyimpanan pisau.

  1. Rak untuk rempah

Fungsi rak ini adalah sama seperti bottle rack, namun ia adalah lebih kecil sedikit dan boleh memuatkan pelbagai bekas yang khusus untuk rempah ratus bagi masakan anda. Dengan adanya rak ini, maka anda boleh menyimpan segala jenis rempah di dalam kabinet anda pada keadaan yang kering dan tidak terdedah kepada cahaya.

  1. Rak/para pada dinding

Sekiranya anda tidak menggunakan wall unit sebagai tempat penyimpanan barang dapur pada bahagian dinding anda, maka anda mempunyai pilihan lain, iaitu dengan menggunakan rak atau para khas yang lebih kecil yang dipasang pada bahagian dinding. Ini bukan sahaja berfungsi untuk meletakkan pelbagai jenis perkakas untuk memasak seperti sudip, malah turut boleh menyimpan perkakasan kaca yang lain seperti cawan, mangkuk, pinggan dan piring.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *