10 AKSESORI KABINET DAPUR YANG PERLU ADA AGAR PENYIMPANAN BARANG DAPUR MENJADI LEBIH PRAKTIKAL DAN KEMAS

Setelah anda mempunyai kabinet dapur yang lengkap mengikut reka bentuk yang anda inginkan, maka inilah masanya untuk anda menghiasi kabinet dapur anda dengan aksesori serta perkakasan yang sesuai. Ini adalah penting agar penyimpanan barang-barang dapur anda untuk lebih praktikal, kemas dan sedap mata memandang. Berikut disenaraikan beberapa aksesori untuk kabinet dapur yang mungkin boleh menjadi pilihan anda.

  1. Tall unit

Ini merupakan antara aksesori kabinet dapur yang menjadi kemestian bagi anda. Fungsi tall unit ini adalah seperti peti sejuk kedua bagi ruangan dapur yang mana ia berperanan sebagai tempat penyimpanan bahan-bahan makanan kering atau makanan ringan seperti bihun, tepung, gula dan sebagainya.

  1. Wall unit

Wall unit ini adalah kabinet pada bahagian dinding yang berfungsi untuk penyimpanan perkakasan yang diguna pada setiap hari seperti mangkuk dan pinggan. Meskipun ada juga yang tidak ingin memasang wall unit sebagai sebahagian daripada kabinet dapur, tetapi secara asasnya penggunaan wall unit ini boleh membantu anda untuk menyimpan lebih banyak barangan dapur.

  1. Bottle rack (rak botol)

Rak ini berfungsi sebagai ruang untuk menyimpan sos, kicap, minyak dan lain-lain (bahan di dalam botol). Ia biasanya diletakkan bersebelahan dapur (hob) memasak, untuk memudahkan lagi kerja-kerja memasak.

  1. Dish rack

Dish rack ini berperanan sebagai tempat pinggan atau cawan disusun selepas dicuci. Biasanya rak ini akan ditempatkan berdekatan atau pada bahagian atas sinki, bertujuan untuk memudahkan urusan kerja-kerja mencuci dan menyusun pinggan serta cawan serta menjadikannya tampak lebih kemas dan bersistem.

  1. Multifunction pull-out basket

Bagi anda yang mempunyai bajet yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan multifunction pull-out basket ini sebagai suatu tempat pelbagai kegunaan. Ia boleh digunakan untuk menyimpan pinggan, mangkuk, cawan dan lain-lain perkakasan dapur.

  1. Spoon tray

Ini juga antara aksesori yang boleh memudahkan penyimpanan peralatan dapur yang kecil seperti sudu, garfu, chopsticks dan lain-lain. Ia menjadikan peralatan dapur lebih kemas dan memudahkan anda untuk mencarinya untuk digunakan.

  1. Troli dapur

Jika anda tidak ingin menggunakan built-in rack dalam kabinet dapur untuk menyimpan peralatan dapur, maka anda juga boleh menggunakan troli dapur yang beroda bagi menyimpan pelbagai perkakasan dapur seperti perkakasan kaca, napkin dan kain alas meja. Troli ini juga lebih memudahkan kerana ia boleh digerakkan mengikut kehendak anda.

  1. Dulang pisau

Aksesori ini merupakan antara aksesori tambahan yang anda perlukan bagi kabinet dapur anda. Dulang pisau ini adalah tempat khas untuk penyimpanan segala jenis pisau yang anda gunakan sewaktu proses memasak. Dengan adanya dulang pisau khas ini yang boleh disimpan di dalam kabinet dapur, ia bukan sahaja memudahkan, malah memberi ciri keselamatan untuk penyimpanan pisau.

  1. Rak untuk rempah

Fungsi rak ini adalah sama seperti bottle rack, namun ia adalah lebih kecil sedikit dan boleh memuatkan pelbagai bekas yang khusus untuk rempah ratus bagi masakan anda. Dengan adanya rak ini, maka anda boleh menyimpan segala jenis rempah di dalam kabinet anda pada keadaan yang kering dan tidak terdedah kepada cahaya.

  1. Rak/para pada dinding

Sekiranya anda tidak menggunakan wall unit sebagai tempat penyimpanan barang dapur pada bahagian dinding anda, maka anda mempunyai pilihan lain, iaitu dengan menggunakan rak atau para khas yang lebih kecil yang dipasang pada bahagian dinding. Ini bukan sahaja berfungsi untuk meletakkan pelbagai jenis perkakas untuk memasak seperti sudip, malah turut boleh menyimpan perkakasan kaca yang lain seperti cawan, mangkuk, pinggan dan piring.

10 TIPS PENJAGAAN KABINET DAPUR AGAR TAHAN LAMA

Kabinet dapur baru telah siap dipasang di ruangan dapur anda. Dan anda juga sangat berpuas hati dengan reka bentuk yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk pilihan anda. Segala-galanya telah lengkap kini bagi sebuah kabinet dapur impian anda. Namun, ada sesuatu yang bermain di minda anda pada masa ini. Apa pula kaedahnya untuk memastikan kabinet dapur ini agar sentiasa terpelihara kebersihannnya? Bagaimana pula caranya untuk memastikan kabinet dapur ini agar tahan lama? Di sini kami akan berkongsi beberapa tips penting untuk anda menjaga kabinet dapur agar tahan lebih lama.

 

  1. Pembersihan kabinet dapur

Sekiranya kabinet dapur anda diperbuat daripada bahan kayu yang kukuh seperti jati dan akasia, maka ia boleh dibersihkan dengan kaedah mengelap menggunakan kain lembap atau cecair khusus pembersih kayu agar kabinet anda sentiasa menawan dan terawet. Jika kabinet dapur anda mempunyai bahan metal atau logam, sebaik-baiknya pastikan ia sentiasa kering bagi mengelakkan bahan logam itu terkena karat. Bagi kabinet dapur daripada Milamine, cara pembersihannya ialah dengan membuang segala kotoran yang melekat membersihkannya. Gunakan kain lembap span yang telah dilembapkan dengan air suam dan lap pada bahagian yang terkena kotoran melalui cara gerakan bulatan.

 

  1. Membersihkan minyak dan asap

Segera bersihkan kabinet dapur anda daripada tumpahan minyak atau bekas menggoreng. Sekiranya anda telah memasang hood dapur, maka sentiasa pasangkan hood dapur itu sewaktu memasak agar ia dapat menyerap segala asap daripada proses memasak.

 

  1. Bahan pembersih

Air suam bersama sedikit pencuci atau air sabun boleh digunakan sebagai bahan pembersih untuk kabinet dapur anda. Namun, elakkan kelembapan keterlaluan untuk kabinet dapur yang diperbuat daripada kayu. Elakkan penggunaan produk pencuci yang mengandungi ammonia atau bahan menghakis yang lain bagi mengelakkan kerosakan dan calar pada kabinet dapur.

 

  1. Penggunaan cuka

Cuka merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan bagi membersihkan kesan minyak pada kawasan celahan dapur dan kabinet dapur anda. Caranya ialah dengan melarutkan cuka dalam sedikit air, kemudian dimasukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di tempat berminyak dan gosok sehingga bersih. Jika kotoran sangat degil, gunakan cuka yang tidak dicampur air untuk kesan pembersihan yang lebih berkesan. Selain itu, cuka juga boleh ditambah dengan ramuan pembersihan lain seperti jus lemon dan soda bikarbonat untuk membersihkan perkakasan dapur yang lain.

 

  1. Menghilangkan bau

Kadangkala apabila anda sering menyimpan pelbagai peralatan memasak serta bahan masakan kering di dalam kabinet dapur, ia boleh menyebabkan bau yang kurang enak pada kabinet dapur anda. Cara yang boleh dilakukan bagi menghilangkan bau ini ialah dengan meletakkan cuka ke dalam mangkuk dan meletakkannya di dalam kabinet dapur yang berbau. Cuka ini perlu dibiarkan semalaman di dalam kabinet dapur bagi menghilangkan bau tersebut. Jika anda tidak sukakan bau cuka, anda juga boleh menggunakan arang bagi menghilangkan kabinet dapur yang berbau ini.

 

  1. Pembersihan dinding

Dinding pada bahagian dapur tempat anda memasak yang terkena percikan minyak harus dibersihkan dengan segera dengan menggunakan kain lembap atau semburkan bahan khas.

 

  1. Keadaan kering

Anda harus memastikan bahagian dalam kabinet dapur yang berasaskan kayu agar sentiasa berada dalam keadaan kering. Ini adalah bagi mengelakkan kerosakan dan serangan serangga perosak. Selain itu, anda juga harus memastikan tingkap terbuka bagi memastikan material kayu ‘dapat bernafas’ dalam udara yang segar.

 

  1. Kabinet aluminium

Bagi anda yang mempunyai kabinet dapur berasaskan aluminium, anda harus lebih berhati-hati dengan penggunaan perkakasan dapur berasaskan logam atau besi seperti sudu dan garfu bagi mengelakkan permukaan kabinet dapur tersebut menjadi calar.

 

  1. Penggunaan hood

Sekiranya anda tidak menggunakan hood bagi menyerap bau sewaktu memasak, anda harus memastikan pengudaraan yang sistematik bagi ruangan dapur anda bagi mengelakkan sebarang bau pada kabinet dapur anda. Sebaik-baiknya anda harus menggunakan hood dapur bagi menyerap segala wap dan bau semasa anda memasak.

 

  • Susunan barang/kelengkapan dapur

Susunan bagi perkakasan dan kelengkapan dapur di dalam kabinet dapur anda haruslah dilakukan secara sistematik dan tersusun bagi mengelakkan berlakunya pertindihan serta mengelakkan kerosakan pada kabinet dapur. Penyimpanan perkakasan dapur haruslah diasingkan daripada bahagian penyimpanan untuk bahan-bahan kering untuk masakan. Ini juga akan lebih memudahkan anda untuk mencari setiap barangan tersebut sebelum anda memulakan proses memasak.

 

 

 

3 JENIS DESIGN KABINET DAPUR SESUAI UNTUK RUMAH DI MALAYSIA

 

Kali ini kami ingin menerangkan tentang beberapa jenis reka bentuk kabinet dapur yang boleh disesuaikan dengan keadaan rumah anda. Reka bentuk ini adalah berpandukan kepada gaya yang anda mahukan untuk ruang dapur kediaman anda, ketahanan kabinet dapur berkenaan serta kos yang diperlukan. Berikut ialah beberapa jenis reka bentuk kabinet dapur yang mungkin sesuai bagi rumah anda :-

 

  1. I-shape

Kebiasaannya, reka bentuk I untuk kabinet dapur ini adalah sesuai untuk ruangan dapur yang agak kecil, seperti untuk rumah flat atau apartment yang kecil. Namun, bagi anda yang gemarkan reka bentuk yang sederhana, rekaan I-shape ini juga boleh disesuaikan untuk ruang dapur yang besar. Reka bentuk ini merupakan antara reka bentuk kabinet dapur yang sering menjadi pilihan kerana ia adalah ringkas dan memenuhi bajet dengan harga yang mampu milik.

 

  1. L-shape

Rekaan kabinet dapur berbentuk L ini adalah pilihan bagi anda yang berada di apartment atau kondominium yang mempunyai ruang yang agak luas. Rekaan ini memudahkan pergerakan dalam ruang dapur dan turut menyediakan ruang khas (benchtop) bagi urusan penyediaan bagi memasak.

 

  1. U-shape

Kabinet dengan rekaan berbentuk U ini adalah sangat sesuai bagi ruangan dapur yang besar di kondominium yang luas. Ia memudahkan kerja memasak bagi keluarga yang besar dan mempunyai kabinet besar yang boleh memuatkan lebih banyak peralatan dapur. Ia adalah sangat efisen bagi kawasan yang luas.

10 JENAMA HOB DAN HOOD TERBAIK UNTUK RUANG KABINET DAPUR ANDA

Sebut sahaja mengenai ruangan dapur, tidak sah jika ia tidak dilengkapi dengan peralatan yang secukupnya bagi tujuan memasak. Lebih-lebih lagi jika ruang dapur anda telah mempunyai kabinet dapur yang lengkap. Maka, sudah tentulah anda inginkan kelengkapan seperti hob dan hood dari jenis yang paling bagus. Sebelum itu, bagi yang kurang arif, hob ini merupakan dapur dengan tiga penunu atau dua penunu (burners), manakala hood pula ialah kipas yang terletak dalam kanopi yang dipasang betul-betul di atas dapur anda. Jadi di sini kami senaraikan beberapa jenama utama untuk hob dan hood yang boleh anda jadikan sebagai pilihan untuk kabinet dapur anda.  

  1. Rinnai

Jenama Rinnai ini merupakan jenama dari Jepun yang banyak menjadi pilihan untuk dapur dan hood bagi ruangan dapur. Kebanyakan hob dan hood dari jenama Rinnai ini mempunyai reka bentuk yang elegan dan diperbuat dari bahan yang tahan karat sama ada keluli atau pun kaca. Hob jenama Rinnai ini boleh terdiri daripada built-in gas hob atau pun built-in electric hob. Manakala untuk hood pula, jenama Rinnai mempunyai variasi hood untuk pilihan anda, sama ada jenis chimney, slanted, slim atau telescopic cooker hood.

  1. Elba

Jenama Elba juga menawarkan pelbagai jenis hob untuk pilihan anda, seperti built-in glass hob, built-in stainless steel hob, built-in ceramic hob dan built-in domino hob. Manakala untuk hood pula, Elba mempunyai variasi hood bagi anda membuat pilihan yang sewajarnya, seperti designer hood, slim hood dan island hood.

  1. Electrolux

Electrolux merupakan jenama dari Sweden yang menjadi antara jenama perkakasan yang popular di negara kita. Bagi hob, Electrolux turut menawarkan dua jenis hob yang asas iaitu gas dan elektrik. Ini termasuklah two burner dan three burner gas hob, built-in ceramic hob dan built-in induction hob. Untuk hood pula, jenama Electrolux memberi pilihan hood daripada jenis island, chimney dan slimline.

  1. Rubine

Jenama ini mempunyai variasi hob yang terdiri daripada gas hob, ceramic hob serta induction hob. Material yang digunakan untuk hob ini pula boleh terdiri daripada kaca dan stainless steel bergantung kepada model yang ditawarkan. Harga yang ditawarkan pula adalah dalam pertengahan, iaitu tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Untuk hood pula, Rubine juga mempunyai pelbagai jenis hood yang boleh dipilih oleh pengguna, sama ada jenis chimney, island atau slim.

  1. Morgan

Jenama Morgan ini ialah jenama dari Malaysia dan mempunyai banyak pilihan hob dan hood yang boleh digunakan oleh masyarakat Malaysia. Hob yang ditawarkan oleh Morgan adalah daripada jenis built-in, iaitu three burner built-in hob dan two burner built-in hob. Manakala untuk hood pula, Morgan memberi pilihan sama ada hood daripada designer seperti island dan slim atau hood biasa.

  1. Zanussi

Jenama Zanussi ini ialah jenama dari Itali yang telah lama bertapak di Malaysia. Bagi hob, jenama Zanussi memberi pilihan built-in hob yang diperbuat daripada material kaca (glass hob). Bagi hood pula, ada pelbagai hood yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dapur anda seperti boxline hood, glass chimney hood, design hood dan slim line hood.

  1. Fotile

Jenama ini adalah keluaran Asia dan turut memberi banyak pilihan untuk hob dan hood. Fotile mempunyai dua jenis hob sebagai asas, iaitu gas hob dan electric hob. Dan ia juga mempunyai pilihan sama ada dengan tiga penunu atau dua penunu (burners). Untuk hood pula, jenama ini menawarkan pilihan jenis chimney dan island hood.

  1. Firenzzi

Jenama Firenzzi ini juga kerap menjadi pilihan ramai bagi perkakasan seperti hob dan hood. Untuk hob, jenama ini mempunyai pilihan seperti built-in glass hob yang mempunyai tiga penunu dan dua penunu (burners). Manakala untuk hood pula, ia juga mempunyai pilihan hood daripada jenis island, chimney dan slimline.

  1. Fujioh/Fujihome

Jenama Fujioh ini yang berasal dari Jepun mempunyai kadar harga yang agak tinggi jika dibandingkan dengan jenama yang lain. Bagi hob, jenama Fujioh menawarkan built-in gas hob dengan pelbagai ciri terkini serta aspek keselamatan, dan juga ceramic hob. Sementara untuk hood pula, Fujioh memberi pilihan hood yang disesuaikan untuk masakan Asia seperti model flagship hood dan slim hood.

  1. Pacifica

Jenama Pacifica memberi variasi hob yang menarik untuk disesuaikan bagi ruangan dapur anda serta sesuai untuk masakan Asia. Antara model hob dalam jenama Pacifica ini ialah built-in gas hob dengan tiga dan dua penunu, built-in ceramic hob dan induction hob. Untuk hood pula, Pacifica mempunyai pilihan chimney hood, sleek glass hood dan T-shape hood.

 

10 SEBAB MENGAPA KITA MEMERLUKAN KHIDMAT INTERIOR DESIGNER UNTUK MEMBUAT KABINET DAPUR

Anda semua pasti inginkan yang terbaik dalam menghasilkan kabinet dapur yang anda idamkan. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, sudah pastilah anda memerlukan khidmat pakar dalam menghasilkannya. Siapakah pakar yang dimaksudkan? Sebenarnya, pakar yang anda perlukan ialah seorang pereka bentuk dalaman, atau interior designer. Di sini kami senaraikan 10 sebab utama mengapa anda memerlukan khidmat pakar pereka bentuk dalaman atau interior designer dalam menghasilkan kabinet dapur anda.

  1. Pengalaman

Seseorang yang bergelar interior designer atau pereka bentuk dalaman ini mempunyai pengalaman yang luas dalam menghasilkan apa jua kabinet dapur dan perabot yang anda inginkan. Usah ragu-ragu kerana kebanyakan interior designer ini mempunyai kelayakan yang secukupnya dalam pembuatan dan merekabentuk kabinet idaman anda.

  1. Kemahiran

Interior designer yang profesional seharusnya mempunyai kemahiran dan kepakaran yang anda perlukan dalam membantu menghasilkan kabinet yang anda inginkan. Kemahiran ini boleh anda kenalpasti dengan jumlah kerja atau kualiti kabinet dan perabot yang pernah dihasilkannya.

  1. Perancangan

Apa yang dimaksudkan dengan perancangan? Sebenarnya, dengan menggunakan khidmat interior designer, ia sebenarnya membantu anda untuk membuat perancangan yang rapi bagi menghasilkan kabinet dapur anda. Perancangan teliti boleh menjamin hasil yang lebih baik untuk penghasilan kabinet dapur anda. 

  1. Bajet

Seorang pereka bentuk dalaman atau interior designer yang anda pilih boleh menghasilkan kabinet dapur yang anda idamkan mengikut bajet yang anda miliki. Ini kerana interior designer ini telah terlatih untuk melakukan kerja mereka berdasarkan apa yang diingini oleh pihak klien.

  1. Menjimatkan wang

Bercakap mengenai bajet, dengan adanya seorang interior designer, ia sebenarnya lebih menjimatkan perbelanjaan anda dalam menghasilkan kabinet dapur. Bayangkan jika anda melakukannya sendiri, sudah pasti banyak wang yang harus dikeluarkan kerana anda bukanlah pakar dalam kabinet dapur.  

  1. Kreatif

Tugas interior designer bukan sahaja terbabit dalam perancangan dan urusan bajet untuk klien, malah seorang interior designer juga sangat kreatif dalam penghasilan kabinet dan perabot yang diperlukan oleh klien mereka. Mereka telah dilatih untuk berfikir secara kreatif dan memberi gambaran keseluruhan yang tidak mampu dilakukan oleh klien.

  1. Memudahkan kerja

Dengan menggunakan khidmat seorang interior designer, ia sebenarnya memudahkan kerja anda dalam mendapatkan gambaran bagi kabinet dapur idaman anda. Segala-galanya akan diatur rapi oleh interior designer dan anda hanya harus memantau setiap kerja yang mereka lakukan.

  1. Fleksibel 

Seorang interior designer yang berperanan bagi menghasilkan kabinet dapur atau sebarang perabot yang anda inginkan adalah fleksibel dengan apa yang anda hajati. Malah, mereka juga amat fleksibel dengan setiap rekaan yang anda mahukan.

 

 

 

‘ABANG, DAKU MENGIDAMKAN KABINET DAPUR UNTUK SENANG MEMASAK’ Bisik hati kecil si Isteri

Dalam sesebuah perkahwinan, semestinya seseorang yang bergelar suami ingin menyediakan yang terbaik buat pasangannya, tidak kiralah dalam bentuk apa jua pun. Keperluan yang lengkap buat isteri ini bukanlah hanya termasuk makanan, minuman dan pakaian, malah turut merangkumi kelengkapan dalaman rumah yang boleh memudahkan pekerjaan isteri sewaktu berada di rumah.

Jika dilihat kembali, terkadang seseorang isteri ini lebih gemar mendiamkan diri dan tidak menyuarakan isi hati mereka berkaitan apa yang mereka perlukan dalam melakukan kerja-kerja rumah seharian. Dalam hal ini, suami sebenarnya harus memainkan peranan dan perlu lebih peka dengan apa kehendak si isteri.

Di sinilah komunikasi sangat penting. Suami yang bijak dan peka akan memahami apa keperluan dan kelengkapan yang kurang di dalam rumah mereka dan berusaha untuk memahami apakah rasionalnya serta kepentingan keperluan tersebut kepada isteri mereka.

Ambil sahaja contoh yang mudah, jika rumah anda mempunyai karpet atau permaidani tebal, bagaimana untuk isteri membersihkannya dengan mudah? Sudah tentu si suami harus menyediakan peralatan sesuai iaitu pembersih vakum bagi memudahkan kerja isteri untuk membersihkannya. Begitu juga dalam hal memasak serta melibatkan keperluan di ruang dapur.

Pernahkah suami terfikir apa keperluan yang perlu ada bagi memudahkan kerja isteri untuk memasak dan menyediakan hidangan untuk seisi keluarga? Jika suami telah menyediakan bahan-bahan makanan seperti ayam, ikan dan bahan mentah yang lain secukupnya. Bagaimana pula dengan kelengkapan memasak? Lengkapkah perkakasan seperti periuk, kuali, dapur dan sebagainya?

Jika kesemua periuk, kuali dan perkakasan elektrik telah lengkap disediakan, bagaimana pula dengan ruang penyimpanan bagi perkakasan tersebut? Pernahkah suami terfikir, di manakah isteri harus menyimpan kesemua peralatan tersebut di ruang dapur? Dalam hal ini sebenarnya, apa yang suami perlu sediakan ialah sebuah kabinet dapur yang cukup lengkap bagi memudahkan kerja-kerja isteri di dapur mereka. Sebuah kabinet dapur yang direka khusus untuk isteri tersayang.

Jika para suami ingin tahu, sebenarnya kabinet dapur yang lengkap ini adalah antara keperluan idaman hampir semua isteri. Kenapa? Sudah tentulah kerana ia bukan sahaja memudahkan kerja memasak isteri, malah membantu isteri untuk menyimpan kesemua peralatan memasak di dapur.

Bayangkan melihat senyuman lebar isteri apabila ruangan dapur tempat mereka menyediakan hidangan istimewa buat suami dan keluarga mempunyai kabinet dapur yang cukup lengkap dengan segalanya. Sudah pasti hati suami sendiri lega melihatnya.

Hati kecil isteri pasti berbunga-bunga melihat kabinet dapur indah dengan rekaan yang suami telah pilih buat ruang dapur mereka. Hasilnya, isteri akan lebih seronok dalam menyediakan makanan dan pastinya lebih banyak sajian enak yang dapat disediakannya. Oleh itu, untuk para suami, sesekali dengarlah bisikan hati isteri anda, dan fahamilah bahawa mereka sebenarnya mengidamkan keperluan kabinet dapur ini di ruang memasak mereka.

Bacalah isi hati isteri dan penuhilah hajat mereka. Rumahtangga pasti lebih harmoni dan senyuman isteri pasti tidak lekang dari bibirnya.

10 CARA UNTUK MENGHIAS RUANG DAPUR MENJADI MENARIK

                                                             image from : www.freepik.com

Setiap orang pastinya mempunyai ruang kegemaran masing-masing dalam kediaman mereka. Anda pula bagaimana? Apa ruang yang anda gemari? Dan bagaimana pula anda menghias ruangan tersebut? Bagi golongan wanita dan ibu pula, sudah pasti ruang yang paling mereka sukai adalah ruangan dapur. Di ruang dapur inilah tempatnya di mana mereka mencurahkan sepenuh kreativiti bagi menyediakan hidangan terbaik demi keluarga tercinta. Dan ruang dapur ini boleh diibaratkan bagaikan nyawa untuk golongan wanita dan surirumah.

Bagi golongan wanita yang menjadikan ruangan dapur ini sebagai ruangan yang istimewa di hati mereka, terdapat 10 tips dan cara yang boleh anda semua ikuti bagi menghias dan menjadikan ruang dapur anda agar lebih menarik. Malah, ia juga mampu memberi keselesaan untuk anda menyediakan hidangan buat seisi keluarga. Mari kita lihat apa cara yang boleh anda lakukan.

 

  1. Pemilihan warna

Pemilihan warna bagi ruangan dapur anda haruslah bersesuaian dengan apa yang anda inginkan dan keluasan yang ada. Contohnya, bagi dapur yang moden, gabungan warna kelabu lembut dan putih sangat sesuai dalam membangkitkan suasana tenang bagi ruang dapur moden. Untuk dapur kecil pula, anda boleh memilih warna cat berwarna pastel bagi menciptka kesan dalaman dapur yang lebih luas dan terbuka.

 

  1. Susun atur

Anda juga harus bijak dalam menyusun atur setiap kelengkapan yang ada di ruang dapur anda. Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betul untuk disesuaikan dengan peralatan dapur.  Ia akan memberi paparan yang lebih menarik dan praktikal untuk digunakan.

 

  1. Kelengkapan dapur

Kelengkapan dapur harus ditempatkan sesuai dengan turutan keperluannya, supaya dapat memudahkan kerja memasak anda. Malah, ia juga menjadikan ruang dapur anda lebih kemas dan teratur. Tips paling mudah ialah dengan meletakkan kelengkapan dapur saling berdekatan dengan bahagian dapur yang akn anda gunakan untuk bekerja atau memasak. Dengan ini, apa yang anda perlukan ialah kabinet dapur yang bersesuaian dengan setiap kelengkapan dapur anda.

 

  1. Ruang penyimpanan

Jika anda mempunyai ruang dapur yang agak sempit, manfaatkan setiap ruang yang ada dengan sepenuhnya. Dinding yang berdekatan dengan ruang masak boleh diletakkan rak kecil atau almari kecil bagi penyimpanan kelengkapan hidangan seperti piring, gelas, senduk, garpu. Lebih baik juga jika rak atau almari itu dibuat sehingga ke ruang lelangit ruang dapur untuk dimanfaatkan sepenuhnya di samping menghindari daripada debu berkumpul di atasnya.

 

  1. Aliran udara dan cahaya

Apa yang penting bagi ruangan dapur ini adalah untuk mempunyai aliran udara serta pencahayaan yang cukup. Dapur yang gelap dan malap boleh menyusahkan penglihatan ketika membuat kerja dan boleh membahayakan. Aliran udara di antara pintu masuk dengan tingkap haruslah lancar dan tidak terhalang, agar segala bau yang terhasil semasa memasak tidak terperngkap di dalam ruang dapur. Jadi, anda haruslah menyediakan lampu yang bersesuaian serta memastikan aliran udara yang teratur bagi ruang dapur anda. 

 

  1. Bentuk meja makan

Sekiranya anda ingin meletakkan meja makan pada ruangan dapur anda, maka anda juga harus membuat pilihan dengan bijak. Bagi ruang dapur yang kecil contohnya, anda boleh memilih meja makan berbentuk empat segi yang kecil dan hanya memuatkan empat orang bagi mengelakkan ruang dapur nampak terlalu ‘sesak’.

 

  1. Tile dinding ruangan dapur

Jika anda ingin menceriakan lagi ruangan dapur, maka anda boleh memilih tile jenis bercorak bagi membangkitkan suasana di dapur. Contohnya, anda boleh memasang tile biru yang menyerlah pada dinding, dan dipadankan dengan kabinet dapur dengan warna yang lebih cerah.

 

  1. Pilihan kabinet dapur

Kabinet dapur yang bersesuaian dengan keluasan dapur anda adalah penting untuk memudahkan kerja harian anda. Kabinet dapur yang lebih besar boleh membantu memuatkan lebih banyak barangan di dapur anda malah, anda juga boleh memilih pelbagai jenis rekaan kabinet dapur terkini yang sesuai dengan konsep dapur anda.

 

  1. Pilihan material

Bagi menjadikan ruang dapur anda lebih menarik, material yang anda gunakan untuk kabinet dapur haruslah bersesuaian dengan keadaan dapur anda. Material seperti kayu, aluminium dan melamine boleh dijadikan pilihan dalam anda memilih material terbaik.

 

  • Labelkan setiap ruangan dalam kabinet

Paling penting dalam menjadikan ruang dapur anda lebih menarik dan kemas ialah dengan meletakkan label pada setiap ruang penyimpanan barangan dan kelengkapan dapur. Ini bukan sahaja memudahkan kerja anda untuk mencari, malah menjadikan kelengkapan dapur lebih tersusun cantik.

10 SEBAB MENGAPA PERLU ADA KABINET DAPUR DI RUMAH

                                           

 

Anda berpindah ke rumah baru? Sudah pasti ada pelbagai barangan dan perabot baru yang anda ingin letakkan di setiap ruang rumah baru anda. Bagaimana pula dengan ruangan dapur? Anda fikir apa kelengkapan paling penting yang harus anda isi di ruangan dapur rumah baru anda? Sudah tentulah kabinet dapur ! . Ini adalah 10 sebab mengapa kita harus mempunyai kabinet dapur di rumah:

 

1. Penyimpanan kelengkapan dapur

Dengan adanya kabinet dapur ini, sudah tentu ia dapat memudahkan penyimpanan apa jua kelengkapan dapur yang anda miliki. Tidak kiralah sama ada kelengkapan kaca, plastik mahupun seramik, semuanya menjadi mudah dengan adanya kabinet dapur yang lengkap.

 

2. Penyimpanan bahan-bahan kering

Kabinet dapur ini juga penting untuk anda menyimpan bahan-bahan kering untuk memasak, seperti sos, bahan perencah, perasa, gandum dan sebagainya. Bahagian atas kabinet dapur contohnya boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan bahan-bahan kering untuk memasak ini.

 

3. Penyimpanan peralatan memasak

Oleh kerana kabinet dapur ini boleh terdiri daripada bahagian atas dan bawah, maka banyak kelengkapan memasak yang boleh anda simpan di dalamnya. Bahagian bawah kabinet dapur misalnya, boleh digunakan sebagai tempat simpanan peralatan memasak yang berat seperti kuali, periuk, pengukus dan sebagainya.

 

4. Simpanan tong gas

Tong gas boleh disimpan dalam kabinet dapur? Ya, dengan rekaan kabinet dapur yang terkini, tong gas boleh anda simpan di dalam kabinet dapur, malah lebih memudahkan anda untuk memasak.

 

 

5. Menjimatkan ruang

Kabinet dapur ini sebenarnya banyak membantu anda bagi menjimatkan ruang dapur yang anda ada. Usah bimbang sekiranya ruangan dapur anda tidak besar dan agak sempit, kerana kabinet dapur mampu membantu bagi menjimatkan ruang dengan binaan pada bahagian atas dan ketinggian yang sesuai dengan ruang dapur anda.

 

6. Mencantikkan ruang

Kini ada pelbagai corak serta rekaan kabinet dapur yang boleh anda lakukan untuk ruangan dapur. Rekaan kabinet dapur yang terkini bukan sahaja memudahkan anda, malah turut boleh mencantikkan dapur anda!

 

7. Menjadi meja untuk persiapan dan penyediaan

Bahagian top (atas) kabinet dapur sebenarnya boleh anda gunakan sebagai meja! Bahagian table top ini boleh diperbuat daripada pelbagai material, dan anda boleh jadikannya sebagai ruang untuk anda membuat persediaan sebelum memasak. Jadi, ia akan lebih memudahkan kerja memasak anda!

 

8. Melindungi bahan-bahan masakan

Kabinet dapur yang tertutup dan mempunyai rekaan yang terperinci boleh melindungi bahan-bahan yang anda gunakan untuk memasak daripada terdedah daripada sinaran matahari yang keterlaluan atau kelembapan.

 

9. Meletakkan perkakas elektrik

Ada sesetengah ruangan dapur yang kecil menyukarkan boleh menyukarkan anda untuk menyimpan dan meletakkan perkakasan elektrik seperti periuk nasi, ketuhar mikro dan pengisar. Tetapi, dengan rekaan kabinet dapur yang teratur, boleh membantu anda untuk meletakkan pelbagai jenis perkakasan elektrik yang anda perlukan di dapur.

 

10.Harga yang berpatutan

Ini adalah antara sebab utama kenapa anda memerlukan kabinet dapur untuk ruang dapur anda. Harga dan proses pembuatan kabinet dapur pada masa kini adalah mengikut bajet yang anda kehendaki dan segalanya boleh dibuat berdasarkan apa yang anda mahukan. Malah, anda juga boleh menentukan apa jua material yang anda ingini untuk kabinet dapur idaman anda!